Betul-betul hutan batu di depan sana
Dekat dan jauh
Jauh dan dekat
Hotel Renaissance melengkung memberi tabik kepada KLCC
Hotel Concorde yang bersegi
Hotel yang belum siap
Kondo yang belum siap
Hotel Imperial di sebelah UniKL
Menara KL mencekau awan bagaikan berkata - Akulah Ketua.
Simbol status manusia masakini
Manusia berpusu-pusu di jalan tinggi
Dan di jalan rendah
Mengejar apa ya?
Ku pandang ke bawah
Sebuah sekolah berbumbung oren
Bersih dan tersusun
Sekolah China tetapi ada seorang pelajar perempuan bertudung
Ku pandang ke kiri
Bas rapidKL menjalari di Jalan Ampang
Zouq untuk sofi dan sofiah yang terpedaya
Ku pandang ke kanan
Pusara-pusara mini dipagari kotak empat segi putih
Direndangi pepohon hijau
Indah dan tenang
Itulah tempat kekal abadi
Manusia mengejar apa ya?
Abu Adam
Hotel Maya KL
30/7/2008
Showing posts with label Sajak KL. Show all posts
Showing posts with label Sajak KL. Show all posts
Wednesday, July 30, 2008
SAJAK: Dari jendela Bilik 1516
Laluan monorel di bawah sana
Lalu hilang di sebalik bangunan merah bata
Skrin besar di simpang empat
Bangunan tinggal juga di simpang empat
Di simpang itu
Lampu merah, hijau dan kuning menjadi raja.
Beri perintah kepada manusia
Dalam kereta dan di luar kereta
Atas motor dan dalam bas
Manusia patuh kesemuanya
Shaw Parade dikejauhan.
Tidak tahu apa di sana.
Tentu ceria.
Memandang ke dalam
Suratkhabar percuma -- "We've met three times-PM"
Beg hitam yang terburai
Katil cadar putih
Sofa merah
Dinding cermin
TV Panasonic QuintrixF
Di belakang jejaring kayu
Jamban tiada paip air
Sempit tapi selesa
Sesuai dengan bintangnya
AKu terus menunggu jam 7ptg.
Abu Adam
Hotel ParkRoyal KL
21/7/2008 @ 3:30pm

SAJAK: Dari jendela Bilik 2460
Berombak-ombak bumbung KL Sentral di bawah sana
Keretapi pendek 2 katam keluar dan masuk dan menghilang
Manusia di dalam tidak kelihatan tetapi mesti gembira kerana dapat
pulang ke rumah selepas sehari di perintah bos
ATau tidak gembira pulang kerana di rumah ada bos baru menanti
AKu tidak kisah
Kondo putih berjiran dengan YMCA
Jalan Brickfield penuh dengan manusia hitam dan putih dan kelabu
Terminal MOnorail memuntahkan manusia baru turun
Terasa lega selepas berada dalam tin sardin sejuk
Tapi kemana mereka selepas ituAku tidak kisah
Di horizon bukit bukau memagari Lembah Klang
Rumah-rumah dan apartment-apartment tersusun indah tapi kaku
Laksana tempat tingal kaum Aad
Kondo disebelah kanan sebelah Plaza Sentral
Tentu ratusan ribu RM dan aku tidak mampu
Kolam mandi dibarisi pepohon ru hijau
Syurga dunia menggamit aku
Tiba-tiba teringat Adam dan Afiq dan pelampung oren mereka
Azan kedengaran sayup-sayup tenggelam dan timbul
Tetapi tidak tahu dari musolla mana
Semua itu tidak penting lagi bagi penghuni tin sardin sejuk
Siapa peduli?
Hari makin kelam
Gigitan terakhir sandwich Subway menu no. 6
Kad jemputan Starwood Prefered Guest utk majlis cocktail di Tingkat 8 terjatuh ke lantai
Dan terus ke bakul sampah
Abu Adam
Hotel Le Meridien KL
9/7/2008 @ 7:30pm

Subscribe to:
Posts (Atom)