Wednesday, July 30, 2008

SAJAK: Dari jendela Bilik 2460

Berombak-ombak bumbung KL Sentral di bawah sana
Keretapi pendek 2 katam keluar dan masuk dan menghilang
Manusia di dalam tidak kelihatan tetapi mesti gembira kerana dapat
pulang ke rumah selepas sehari di perintah bos
ATau tidak gembira pulang kerana di rumah ada bos baru menanti
AKu tidak kisah
Kondo putih berjiran dengan YMCA
Jalan Brickfield penuh dengan manusia hitam dan putih dan kelabu
Terminal MOnorail memuntahkan manusia baru turun
Terasa lega selepas berada dalam tin sardin sejuk
Tapi kemana mereka selepas ituAku tidak kisah
Di horizon bukit bukau memagari Lembah Klang
Rumah-rumah dan apartment-apartment tersusun indah tapi kaku
Laksana tempat tingal kaum Aad
Kondo disebelah kanan sebelah Plaza Sentral
Tentu ratusan ribu RM dan aku tidak mampu
Kolam mandi dibarisi pepohon ru hijau
Syurga dunia menggamit aku
Tiba-tiba teringat Adam dan Afiq dan pelampung oren mereka
Azan kedengaran sayup-sayup tenggelam dan timbul
Tetapi tidak tahu dari musolla mana
Semua itu tidak penting lagi bagi penghuni tin sardin sejuk
Siapa peduli?
Hari makin kelam
Gigitan terakhir sandwich Subway menu no. 6
Kad jemputan Starwood Prefered Guest utk majlis cocktail di Tingkat 8 terjatuh ke lantai
Dan terus ke bakul sampah

Abu Adam
Hotel Le Meridien KL
9/7/2008 @ 7:30pm

No comments: